Posted by : Ell
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan lagi mulia ini, aku nak share dengan korang tentang perkara yang membatalkan puasa. Yee aku tau dah 4 hari nak puasa baru nak share pasal ni. Tapi sukati aku la kan nak share bila bila pon kan kan? hikhikhik. Ahhh abaikan. Okey. Aku tau juga pasal ni sume orang dah tau. Tapi aku nak share jugak. Tak kire (aku tau itu annoying).
Okey okeyy kembali ke topik asal. Apakah perkara yang boleh membatalkan puasa? ce cite ce cite.
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
- Korang jangan nak fikir lain ye. =_=' ayat ni maksudnye, korang tak bole korek hidung, korek telinga, jolok mulut ke ape ke. haa macam la gambar kat bawah ni. ade paham?
2. Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari.
- okeyy. yang ni obviously jangan la buat maksiat time time puasa yee. for yang dah married pula, tak boleh menjalinkan hubungan di siang hari okeyy? erkk. part yang ni aku tak nak la terangkan dengan lebih lanjut lagi (malu ^^!)
kalau diorang ni takpe. sebab diorang tak puasa. haha
3. Muntah dengan sengaja. Jika termuntah, tidak batal puasa.
4. Kedatangan haid, nifas atau kelahiran bagi wanita.
- haa yang ni memang normal bagi kaum hawa ataupun perempuan. dalam sebulan mesti akan datang haid ataupun period. sebab tu mostly perempuan rajin puasa 'sunat' bila bukan bulan puasa. kecuali memang diorang nak puasa sunat la kan. hahaha darah nifas tu pula darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas sahaja melahirkan anak. beranak pon boleh batal puasa okeyyy.
anyonyonyonyo comel nyee dieee! eee geram!
a girl in PMS - Pre-Menstrual Syndrome
5. Gila walaupun sekejap.
- Orang yang tidak waras ataupun gila memang tak bole puasa. orang yang gila sekejap boleh batalkan puasa tau. contoh gila sekejap tu dia mengambil sesuatu yang boleh menghilangkan akalnya.
6. Mabuk atau pitam sepanjang hari.
- Bagi orang Islam, minum arak adalah HARAM. So, kalau dah hari lain pon haram, apatah lagi hari puasa kan? Kalau korang pengsan sepanjang hari dari pagi sampai la malam boleh membatalkan puasa walaupun korang dah niat dengan bersungguh sungguhnya pada hari sebelumnya. tapi kalau korang pengsan separuh hari je takpe. puasa korang masih sah.
ish ish ishhh! minta dijauhkan! huh.
7. Murtad.
- Maksudnya korang keluar dari agama Islam. jangan murtad ketika korang berpuasa. dan jangan sesekali berniat! ya Allah. minta minta lah iman kita kuat. berdoa banyak banyak supaya menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
Okeyy, itu saja yang dapat aku kongsikan. Aku ni bukan lah ustazah ke alim sangat ke apa ye. Amalan aku pun tak berapa nak cukup lagi. Aku cari info ni melalui internet je. Google Search. hehe. Kalau korang ada sebarang pertanyaan ke apa ke, korang tanya lah dengan orang yang lebih berpengalaman dan cukup ilmu agama dia. Okeyy. Selamat Berpuasa ! :)
Sumber : JAIS
Thanks for reading this.
No comments:
Post a Comment